Akibat Menunggu Terlalu Lama Di Hospital, Wanita Ini Terpaksa Bersalin Di Atas Rumput
http://eberitamalaysiakini.blogspot.com/2015/12/akibat-menunggu-terlalu-lama-di.html
Pihak berkuasa di Mexico terpaksa campur tangan untuk menyiasat mengapa wanita ini tidak bersalin di dalam klinik. Menurut keterangan surat khabar La Razón de México yang menulis mengenai foto kontroversi itu, wanita ini dipaksa menunggu selama dua jam untuk mendapatkan perkhidmatan di klinik tersebut.
Wanita ini dikenalpasti sebagai Irma López Aurelio. Awalnya wanita berusia 28 tahun ini terbangun di rumahnya sebelum subuh pada tanggal 2 Oktober 2013 kerana kesakitan yang sangat kuat pada perutnya.
Sesampainya di klinik, air ketuban Lopez pecah. Kakitangan di klinik itu memeriksanya, tetapi mereka tidak memasukkan Lopez ke ruang bersalin. La Razon melaporkan klinik itu menyatakan mereka kekurangan kakitangan.
Dua jam kemudian, atau sekitar pukul 8 pagi, Lopez menjatuhkan salah satu lututnya di atas rumput di luar klinik dan mula ‘meneran’. Ibu dua anak ini tahu betul bila masanya bayi akan keluar.
Barulah setelah itu beberapa kakitangan klinik berlari keluar untuk membantu si wanita dan kemudian ibu dan bayi laki-lakinya yang sihat itu terus dibawa masuk dan diberi rawatan yang mereka perlukan.