Datuk Siti Nurhaliza Buah Luahan Hati Selepas Tidak Sempat Menziarahi Tunku Jalil Sangat Menyedihkan
http://eberitamalaysiakini.blogspot.com/2015/12/datuk-siti-nurhaliza-buah-luahan-hati.html
KUALA LUMPUR: Penyanyi nombor satu negara Datuk Siti Nurhaliza yang juga merupakan teman rapat kepada Almarhum Tunku Abdul Jalil menyifatkan baginda seorang putera raja yang berjiwa rakyat.
"Saya kehilangan seorang teman, sahabat, teman bergurau senda dan pemberi semangat tiap kali saya dalam kesedihan," ujar Siti yang masih bersedih dengan berita pemergian itu.
Penyanyi itu yang baru keguguran pada Khamis minggu lalu turut memohon maaf kerana tidak dapat menziarahi buat kali terakhir jenazah sahabatnya itu.
"Lil, maafkan Mak Iti kerana tidak dapat menziarahi Lil buat kali terakhir, namun Lil sentiasa dalam doa Mak Iti. Al-Fatihah." ujarnya di laman sosial Instagram miliknya awal pagi ini.
Kali terakhir penyanyi itu menziarahi Tunku Jalil di hospital adalah pada dua minggu yang lalu.
Pertemuan itu turut dikongsi Siti menerusi akaun Instagramnya.
"LIL maafkan Makiti, tak dapat menziarahi Lil buat kali terakhir," demikian luahan penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza atas kemangkatan Tunku Laksamana Johor, Tunku Abdul Jalil Sultan Ibrahim.
Namun, Siti yang masih sedang dalam tempoh berpantang akibat keguguran baru-baru ini memberitahu, putera keempat, Sultan Johor itur itu akan sentiasa dalam doanya.
"Putera raja yang berjiwa rakyat. Saya kehilangan seorang teman, sahabat, teman bergurau senda dan pemberi semangat tiap kali saya kesedihan.
"Tiada lagi panggilan 'Makiti' dari insan bernama YAM Tunku Jalil . Lil, maafkan Makiti tak dapat menziarah Lil buat kali terakhir, namun Lil sentiasa dalam doa Makiti. Al -Fatihah," tulisnya pada gambar bersama Almarhum yang dimuatnaik ke Instagram, hari ini.
Almarhum disahkan mangkat kira-kira jam 7.11 malam di Hospital Sultanah Aminah (HSA), semalam.
Melalui kemaskini akaun Instagram sebelum ini, Siti yang rapat dengan Tunku Jalil kerap meluangkan masa melawat Almarhum bersama suaminya, Datuk K.
Jenazah akan disemadikan di sebelah kanan makam nendanya Almarhum Sultan Iskandar Almarhum Sultan Ismail yang mangkat pada 22 Januari 2010, atas permintaan Tunku Abdul Jalil sebelum ini.
Diputerakan pada 5 Julai 1990, Almarhum disahkan menghidapi kanser hati tahap empat sejak tahun lalu dan pernah menjalani pemindahan hati di sebuah hospital pakar di Guangzhou, China sebelum ini.