Ngeri !! Rakan Mangsa Dedah Cerita Sebenar Yang Berlaku Sebelum Adik Fakhrul Di Baham Buaya
http://eberitamalaysiakini.blogspot.com/2015/12/ngeri-rakan-mangsa-dedah-cerita-sebenar.html
SAYU.!!!!!!!!!!!. WAJAH ADIK FAKHRUL DIPERCAYAI DIBAHAM BUAYA KETIKA MANDI SUNGAI...
:)
BETONG 22 Dis. – Kegembiraan tiga kanak-kanak mandi-manda di sungai bertukar tragedi apabila seorang daripada mereka dipercayai dibaham buaya di Sungai Kampung Bungin, Spaoh, hari ini.
Dalam kejadian kira-kira pukul 2.30 petang, mangsa, Fakhrul Dahari, 11, murid Sekolah Kebangsaan (SK) Bungin yang ditarik ke tengah sungai masih belum ditemukan manakala kedua-dua orang rakannya sempat menyelamatkan diri.
Menurut sumber, sebelum kejadian, ketiga-tiga kanak-kanak itu sedang mandi di tepi sungai tersebut kira-kira 15 minit.
Katanya, selepas selesai mandi, tiga sekawan itu ingin naik ke tebing sungai, namun mangsa berada paling belakang. “Tiba-tiba, salah seorang rakan melihat kelibat seekor buaya timbul dan sempat memanggil mangsa untuk segera naik ke darat namun diterkam reptilia itu.
“Rakan-rakan mangsa yang tidak dapat berbuat apa-apa bergegas memanggil orang kampung untuk memaklumkan kejadian berkenaan,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini, hari ini.
Sementara itu, Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri, Farhan Sufyan Borhan berkata, pihaknya hanya menerima maklumat berhubung kejadian selepas menerima panggilan daripada pihak polis pada pukul 3.46 petang.
“Empat anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Betong bersama sebuah kenderaan pacuan empat roda dan sebuah bot penyelamat bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan.
“Bomba mengambil masa lebih kurang 45 minit untuk tiba di lokasi kejadian yang jaraknya kira-kira 35 kilometer itu,” ujanya.
Tambahnya, setakat ini, operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa masih diteruskan di sekitar kawasan sungai dengan lebar lebih 80 meter.