Pelajar Perempuan Ini Terima Padah KErana Tegar Unutk Memakai Tudung Dan Menutup Aurat! Masha Allah
http://eberitamalaysiakini.blogspot.com/2015/12/pelajar-perempuan-ini-terima-padah.html
LONDON 26 Dis. – Seorang pelajar wanita beragama Islam mendakwa diludah dan digelar sebagai pengganas ketika menaiki bas awam di London, baru-baru ini manakala penumpang lain hanya tersenyum dan melihat sahaja keadaan itu.
Mail Online melaporkan, Irqa Mohamed berkata, dia menjadi mangsa perkauman kerana memakai tudung ketika menaiki bas di Islington, di sini.
Katanya, dia didatangi seorang lelaki berkulit putih 'gila’ yang secara tiba-tiba meludah dan mengejeknya, ketika penumpang-penumpang lain hanya melihat perbuatan tidak bermoral itu.
“Seorang lelaki meludah dan memaki saya kerana saya memakai tudung, penumpang lain tidak berbuat apa-apa selain tersenyum.
“Lelaki tersebut menggelar saya sebagai pengganas. Dia seakan-akan seperti orang gila dan menyatakan orang-orang seperti saya datang ke negara ini (England) dan mengambil semua pekerjaan yang ada di sini,” kata Irqa dalam laman sosial Twitternya sebelum status tersebut dipadam.
Irqa berkata, dia berasa amat sedih kerana tiada seorang pun penumpang dalam bas yang penuh itu bangun untuk mempertahankan dirinya dan menghalang kejadian tiu berlanjutan.
“Kejadian itu berlanjutan sehinggalah seorang rakan saya menaiki bas sama dan menegur perbuatan itu,’’ katanya.
Gadis berusia 20 tahun itu kemudian membuat aduan kepada Polis Pengangkutan British (BTP) tentang kejadian tersebut.
Jurucakap BTP berkata, mereka telah menerima laporan insiden tersebut dan kes itu akan diserahkan kepada Polis Metropolitan. 1.173228#sthash.mrk4zYgW.dpuf
- See more at: h
Posted by
siakap kelis