Masih Kenal Adel AF? Tindakan Melampaunya Baru baru Ini Menimbulkan Kemarahan Peminatnya Sendiri

Hebat juga cerita yang tersebar mengenai bekas finalis Akademi Fantasia 2014 (AF2014), Adelyang dikatakan bercinta dengan suami orang. Tidak mudah membuat keputusan melulu, Adel mengakui dirinya sedang menjalinkan hubungan cinta dengan suami orang yang mempunyai tiga cahaya mata.

“Perbualan yang tersebar di laman sosial itu bukan perbualan antara saya dengan ‘Mr. A’. Saya juga tidak pernah memaksa dia untuk menceraikan isterinya. Itu semua fitnah oleh pihak yang tidak berpuas hati dan berniat mahu memalukan saya,” jelasnya.“Benar, dia suami orang. Tetapi kekasih saya sudah melafazkan cerai kepada isterinya sebelum kami kenal dan rasmi sebagai pasangan kekasih. Saya mengenali ‘Mr. MA’ selepas dikenalkan oleh teman rapat, namun kami serius menjalinkan hubungan cinta sejak sebulan yang lalu”

“Saya hanya berserah kepada takdir. Kalau itu adalah jodoh tidak kira dengan sesiapa pun, saya terima seadanya dan tiada masalah untuk saya memeluk Islam,” jelasnya kepada
 Utusan Online.“Buat masa sekarang, biarlah dia menyelesaikan masalah rumah tangganya dulu. Saya tidak mahu memaksa dia untuk mempercepatkan proses perceraian kerana bagi saya, kalau ada jodoh, adalah”

Post a Comment

emo-but-icon

|| KLIK SINI UNTUK BACA ||
item