Penceraian Fasha Dan Nora Ada Persamaan! Ini Lah Pendedahan Penceraian Mereka Yang Ramai Tidak Tahu



PANAS!!!! JEJAI MENGAKU KESAL MENCERAIKAN "2 BEKAS ISTERI" SECARA "TAK SEPATUTNYA"!! KERANA APA KESAL PULAK JEJAI!! INI SEBABNYA......




Oh!!!! Rupa-rupanya ini sebabnya JEJAI bercerai dengan dorang berdua...Ingatkan sebab orang ketiga, rupanya ini sebabnya!!! Kan dah tak pasal-pasal menyesal!!! Tu la, masa lafazkan...lupa semuanya!!! Sekarang, menyesal tak sudah!!! hal macam tu pun boleh menyebabkan dorang bercerai!!! ISH!!! ISH!!!

Dalam tempoh lapan tahun jejaka bernama Rizal Ashram Ramli telah bercerai sebanyak dua kali. kedua-dua penceraian ini melibat dua selebriti wanita terkenal tempatan. Terlebih dahulu kami sebagai peminat kedua-dua selebriti ini berasa simpati dengan apa yang telah terjadi kepada mereka. Jom kita ikuti dua kisah penceraian ini.

KISAH PENCERAIAN FASHA SANDHA

Rumah tangga pelakon popular Fasha Sandha dan Jejai akhirnya terlerai selepas Jejai melafazkan penceraian di Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan sebentar tadi.

Penceraian talak satu itu dilafazkan Jejai dan direkodkan Hakim Syarie Muhammad Abdul Karim Wahab dalam kamarnya kira-kira jam 3 petang.

Fasha atau nama sebenarnya Nur Fasha Hassan, 32, memfailkan tuntutan cerai mengikut Seksyen 47 Akta Undang-undang Keluarga Islam 1984 Isnin lalu.

Fasha dan Jejai telah bernikah pada 27 April 2012 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Putra Rayfal yang berusia dua tahun dan Putri Raysha Jemyma yang berumur setahun.

Sebelum itu Jejai pernah berkahwin dengan Nora Danish pada 20 Jun 2006 dan bercerai pada 10 Julai 2008.

Hasil perkahwinan itu mereka mendapat seorang anak lelaki iaitu Putra Rayqal yang kini berusia tujuh tahun.


KISAH PENCERAIAN NORA DANISH

Suami kepada pelakon Nora Mohd Danish Hanif atau Nora Danish, 26, mengaku melafazkan cerai terhadap isterinya sebanyak dua kali menerusi telefon, satu daripadanya ketika wanita itu sedang hamil pada 17 Jun 2008.

Toh Muda Rizal Ashram Ramli, 38, ketika memberi keterangan di Mahkamah Rendah Syariah di sini, semalam, berkata dia melafazkan cerai kali pertama terhadap pelakon sitkom drama Puteri itu pada Februari 2008 dan keduanya, Jun 2008.

Menurutnya, sehari sebelum lafaz cerai kedua dibuat, dia ada berbincang dan memberitahu Nora dia sudah tawar hati dengannya.

“Saya ada beritahu dia (Nora)…saya sudah tawar hati tetapi dia hanya mendiamkan diri hingga keesokan hari. Saya menelefon Nora dan melafazkan ‘I cerai you’.

“Ketika itu, Nora ada bertanya ‘talak berapa?’ dan saya cakap talak dua,” katanya ketika menjawab soalan Hakim Syarie Ahmad Irwan Ismail.


Mengenai sebutan ‘talak dua’ dilafazkan terhadap Nora, anak bekas Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Ramli Ngah Talib itu menjelaskan ia merujuk kepada talak kali kedua.





 

Post a Comment

emo-but-icon

|| KLIK SINI UNTUK BACA ||
item