Masha Allah! Tidak Boleh Menerima Kritikan Hidung Akhirnya siti Sarah Buat Tindakan Mengejutkan! Bawa Bersabar Siti
http://eberitamalaysiakini.blogspot.com/2016/04/masha-allah-tidak-boleh-menerima.html
Baru-baru ini penyanyi Siti Sarah pernah membuat kenyataan secara terbuka mengenai tindakan pengguna laman sosial yang mengejek fizikal hidungnya dan melalui mStar Online, dia juga mengakui pernah terfikir untuk melakukan pembedahan plastik.
“Sehingga saat saya meluahkan perasaan berhubung isu hidung di Instagram baru-baru ini saya pernah terfikir untuk melakukan pembedahan kerana sebagai manusia biasa sudah menjadi lumrah kita ingin kelihatan cantik,” jelasnya.
Bagaimanapun apa yang membuatkannya lebih terharu ialah apabila ramai di antara peminatnya tidak henti henti memberikan kata-kata semangat. Selain itu, menurutnya, dia pernah meyatakan keinginannya untuk membuat pembedahan tersebut kepada suaminya, Shuib Sepahtu.
“Saya pernah tanya suami hendak buat pembedahan bagi mencantikkan hidung tetapi dia sentiasa memberitahu dia cintakan saya seadanya. Tanpa melarang atau membenarkan dia menekankan saya cantik kerana diri saya dan tidak memerlukan sebarang perubahan,” katanya lagi.
Apa pun tambah Siti Sarah, dia sedar apa yang dilaluinya ketika ini adalah dugaan kecil daripada Tuhan selain bersyukur kerana bermula daripada pengakuan terbuka mengenai dirinya baru-baru ini, perkara tersebut telah membuang jauh-jauh keinginan untuk melakukan pembedahan.