Tidak Tahan Melihat Isterinya Dikecam Rakyat! Akhirnya Fizo Omar Terpaksa Dedahkan Perkara Sebenar Dan Sebab Isterinya Berlaku Begitu
http://eberitamalaysiakini.blogspot.com/2016/04/tidak-tahan-melihat-isterinya-dikecam.html
KUALA LUMPUR, 5 Apr: Suami kepada pengusaha tudung Fareeda, Fizo Omar akan memberi penjelasan mengenai penyebaran video pelanggan yang sanggup bersesak di premis jenama itu yang mendapat kritikan ramai baru-baru ini.
BH Online melaporkan, Fizo berkata dia dan isteri perlu berbincang terlebih dahulu sebelum membuat sebarang ulasan lanjut berhubung insiden tersebut.
"Saya akan memberikan kenyataan balas berkaitan isu ini apabila balik ke Malaysia. Apapun ia membabitkan pihak Fareeda dan isteri saya sendiri, jadi kami kena berbincang dulu.
"Setakat ini saya belum mengeluarkan sebarang kenyataan, termasuk di laman sosial.
"Insya-Allah, saya rasa ada jalan penyelesaian untuk perkara berbangkit ini. Mungkin ia terus menjadi viral kerana ada pihak yang pantas masuk campur sekalipun tak tahu perkara sebenar yang terjadi," katanya menerusi aplikasi Whatsapp.
Fizo yang kini berada di Shanghai, China berkata dia melihat isu dikecam dan dikritik dalam dunia perniagaan adalah lumrah.
Fizo juga dijangka akan pulang ke tanah air esok.
"Biasalah, itu adat. Semua orang pernah buat silap dan berhak berkata-kata. Tetapi lebih baik berkata-kata apabila faham atau jelas dengan keadaan sebenar," katanya.
Sebelum ini, satu video viral yang memaparkan orang ramai berhimpit untuk mendapatkan angka giliran bagi membeli tudung baharu keluaran butik berkenaan menjadi viral.
Kebanyakannya mempertikaikan teknik promosi berkenaan dan tidak kurang juga menyifatkannya sebagai gimik murahan. Pada masa sama ada yang mengatakan cara terbabit tidak kena dengan produk dijual apabila pelanggan perempuan dan lelaki berhimpit-himpit. Video itu dikatakan dimuat naik oleh Fizo sendiri di laman Facebook miliknya. -Siakapkeli.my