Melampau!! Sekali Lagi Che Ta Tunjuk Perangai Riak Dan Menghina Cuma Kerana Baju! Melampau! Dia Ingat Dia Tu Siapa?
http://eberitamalaysiakini.blogspot.com/2016/01/melampau-sekali-lagi-che-ta-tunjuk.html
Rata-rata peminat setia mengetahui bahawa Che Ta merupakan salah seorang selebriti yang sangat menitikberatkan penampilan. Baru-baru ini, melalui Utusan Online, pelakon berkenaan mengakui dia jarang mengulang pakai pakaian lebih daripada sekali.
“Setiap hari saya akan memakai pakaian baharu. Amat jarang sekali saya mengulang pakai pakaian yang sama kecuali yang betul-betul saya suka. Itu pun dua tiga kali saja, lepas tu terus simpan”
“Sebab itulah saya terpaksa menyewa sebuah rumah bagi menempatkan pakaian-pakaian lama kerana terlalu banyak. Terutama pakaian ketika sebelum mengenakan tudung dulu, lagilah berlambak,” jelasnya. Tambah Che Ta, perkara tersebut bermula apabila ada peminat menegurnya kerana sebelum ini sering tampil dengan pakaian yang sama.
“Mujurlah ada anak-anak yang membantu menjual pakaian dan aksesori yang sudah tidak mahu diguna secara maya. Walaupun baru dua bulan lebih beroperasi, sambutan amat menggalakkan sehingga mencecah hasil jualan RM40,000″“Teguran itu membuatkan saya kurang selesa dan sebab itulah saya tidak lagi mengulang pakai pakaian yang pernah dipakai,” jujurnya memberitahu. Namun berita baiknya, baju Che Ta yang tidak habis dijual ini akan dijual semula di laman Instagram khas, dikendalikan oleh anaknya, Ammar.
“Syukurlah, kebanyakannya menjadi rebutan, apatah lagi saya menjualnya dengan harga amat murah, kurang 50 peratus daripada harga asal,” kongsi Che Ta kepada laman tersebut. Jaga-jaga melihat, nanti rambang mata. (rtky/s)